Wednesday, February 10

i'm not a writing person..



betul tu.. aku xtau nk tulis ape dlm blog ni... =(
org yg follow blog aku mst bosan gila..
mst korg nyesal follow blog aku kan. kan.. haha
sory byk2..
nnt aku perah otak aku cr idea2 bernas.. wahahaha
hope ada la ideanya lps aku wat keja memerah ni.. =D

stay tune...
keep reading ok...

teruskan usaha!!
=)

Tuesday, February 2

ingatan + kuat


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat untuk kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya..


teruskan usaha!!!